Pada 6 Februari 2017 ( Isnin ), Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah di tapak perhimpunan. Perhimpunan sekolah dijalankan seperti biasa dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Melaka dan lagu Sekolah. Majlis ini diteruskan dengan bacaan doa dan ikrar murid. Bacaan Perutusan Ketua Polis Negara disampaikan oleh wakil INSP. dari Balai Polis Masjid Tanah manakala Bacaan Perutusan Menteri Pendidikan Malaysia disampaikan oleh En. Sisnoto Bin Santar, guru besar Sk Pengkalan Balak.