Pada 13 Februari guru-guru Panitia Bahasa Melayu telah mengadakan majlis pelancaran program Minggu Panitia Bahasa Melayu yang telah diadakan di tapak perhimpunan.
Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan bakat dan kebolehan mereka selain memupuk nilai-nilai murni dikalangan murid-murid.
Pelbagai aktiviti yang telah dirancang sepanjang minggu Panitia Bahasa Melayu antaranya pertandingan bacaan lancar untuk murid pemulihan dan pendidikan khas, persembahan pra sekolah, peta i-think vokal,menyusun pantun, tulisan berangkai dan banyak lagi.