28 Februari 2017

Sambutan Hari Pengakap Sedunia Peringkat Sekolah

KAMI WARGA SK PENGKALAN BALAK MENGUCAPKAN  "SELAMAT HARI PENGAKAP SEDUNIA 2017"




21 Februari 2017

PELANCARAN PROGRAM NILAM & FROG-VLE SESI 2017














Program 'NILAM' atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan gabungan semua aktiviti galakan membaca bermatlamat untuk membina tabiat membaca dikalangan murid SK Pengkalan Balak. Manakala Frog Vle bermaksud Virtual Learning Enviroment yang mempunyai fungsi sebagai komuniti atau kumpulan besar.Persekitaran pembelajaran VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Majlis Pelancaran program NILAM & VLE telah dirasmikan oleh EN Zaidi Bin Jaafar,Ketua Unit BTPN Melaka. 









16 Februari 2017

Pelancaran Program Minggu Panitia Bahasa Melayu

Pada 13 Februari guru-guru Panitia Bahasa Melayu telah mengadakan majlis pelancaran program Minggu Panitia Bahasa Melayu yang telah diadakan di tapak perhimpunan.
Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan bakat dan kebolehan mereka selain memupuk nilai-nilai murni dikalangan murid-murid.
Pelbagai aktiviti yang telah dirancang sepanjang minggu Panitia Bahasa Melayu antaranya pertandingan bacaan lancar untuk murid pemulihan dan pendidikan khas, persembahan pra sekolah, peta i-think vokal,menyusun pantun, tulisan berangkai dan banyak lagi.




Perasmian Program Jom Ke Sekolah

Pada 6 Februari 2017 ( Isnin ), Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah di tapak perhimpunan. Perhimpunan sekolah dijalankan seperti biasa dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Melaka dan lagu Sekolah. Majlis ini diteruskan dengan bacaan doa dan ikrar murid. Bacaan Perutusan Ketua Polis Negara disampaikan oleh wakil INSP. dari Balai Polis Masjid Tanah manakala Bacaan Perutusan Menteri Pendidikan Malaysia disampaikan oleh En. Sisnoto Bin Santar, guru besar Sk Pengkalan Balak.