01 Jun 2015

Kesultanan Melayu Melaka

Sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah, semua guru dan staff sokongan Sekolah kebangsaan Pengkalan Balak telah menggayakan pakaian tradisional bertemakan "Kesultanan Melayu Melaka". Guru besar, En Sisnoto Bin Santar tidak ketinggalan menggayakan pakaian tradisional pahlawan melayu melaka sambil diarak oleh murid-murid sekolah.

Tema hari guru pada tahun ini "Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak" telah disambut amat meriah dengan pelbagai acara diadakan seperti sukaneka , pakaian tradisional tercantik, dan persembahan guru.