08 September 2015

07 September 2015

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2015..

Kami warga SK Pengkalan Balak mengucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada semua pelajar tahun 6.


Majlis Mohon Restu Murid-Murid Tahun 6

Majlis Mohon restu UPSR 2015 telah diadakan pada pagi ini 7-September 2015 pada jam 8.00pg
Program ini diadakan bertujuan memohon keberkatan kepada guru untuk calon-calon UPSR dalam menghadapi peperiksaan. Disamping itu juga ia bertujuan menimbulkan kesedaran dan keinsafan diri tentang peranan dan tanggungjawab sebagai murid.

Kepada semua calon-calon UPSR SKPB teruskan perjuangan dan hadapilah peperiksaan UPSR dengan penuh ketenangan. Kami semua sentiasa mendoakan kejayaan anda.
"SELAMAT MAJU JAYA DAN BERILAH HADIAH SEBUAH KEJAYAAN BUAT IBUBAPA & GURU-GURU" 




Majlis Solat Hajat Untuk Murid-Murid Yang Akan Menduduki UPSR

Wahai Tuhanku, kurniakanlah anak-anak kami ini kefahaman para nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah anak-anak kami ini kesihatan.

Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai.
Ingatkanlah anak-anak kami ini apa-apa yang telah mereka baca,
apa-apa yang mereka pelajari dari guru-guru mereka dan tidak akan lupa apabila diperlukan kelak

Ya Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih,
Jadikanlah anak-anak kami ini sebagai anak-anak yang pintar, anak-anak bertaqwa, yang menjadi harapan untuk memimpin negara pada masa hadapan, serta golongkanlah mereka dikalangan orang-orang yang soleh dan solehah.

Ya Allah Ya Latif
Kami guru-guru dan ibu bapa mereka dengan segala rendah diri memohon agar Engkau kurniakan anak-anak kami yang bakal menduduki peperiksaan ini dan hamba-hamba-Mu sekalian dengan taufik dan hidayah, sentiasa di bawah pimpinan dan petunjuk-Mu ya Allah, mudah-mudahan segala usaha yang bersungguh-sungguh selama ini dapat menunai hajat mereka iaitu mendapat sepenuh kejayaan 5A.

Di hari yang mulia ini juga kami memohon taufik dan kesejahteraan dari-Mu. Anugerahkanlah anak-anak kami yang bakal menduduki peperiksaan cetusan idea yang bernas, kesihatan akal fikiran, kesihatan rohani dan kesihatan jasmani supaya meraka dapat mengapai cita-cita mereka, cita-cita guru-guru dan cita-cita ibu bapa mereka serta menjadi contoh ikutan generasi akan datang.

Ya Allah berikanlah  mereka sepenuh kekuatan, jauhi sifat kegusaran, jauhi perasaan gemuruh dan gentar agar anak-anak kami yang bakal menduduki peperiksaan ini mampu menjawab soalan peperiksaan dengan penuh ketenangan, dengan penuh dedikasi yang sangat utuh dan akhirnya memperolehi keberhasilan yang dicitakan iaitu 5A UPSR.